GOMOL MAMA GOMOL MONEY MAMA DUIT GOMOL AWEK MAMA GADIS GOMOL BOGEL BISNES GOMOL - JALAN JALAN CARI GOMOLAN

Kanak-kanak diculik jadi pengemis di Britain


SEORANG anggota polis menangkap anggota sindiket menculik kanak-kanak di sebuah rumah di daerah Ialomita, selatan Romania kelmarin.

BUCHAREST – Polis Romania kelmarin berjaya membongkar satu sindiket penyeludupan manusia ke Britain melibatkan ratusan kanak-kanak untuk dijadikan pengemis, pen-curi dan pelacur, lapor sebuah akhbar semalam.

Lebih 300 anggota polis Romania dengan mendapat kerjasama daripada 26 pegawai polis Britain melakukan serbuan serentak pada waktu subuh di 34 buah kediaman dan bangunan di daerah Ialomita, selatan Romania.

Polis percaya kumpulan itu telah memperdagangkan seramai 168 mangsa yang berusia dari tujuh tahun hingga 15 tahun.

Seramai 17 orang ditahan di sebuah perkampungan yang dikuasai satu kelompok gipsi di Tandarei bagi membantu siasatan.

Sindiket tersebut didapati bertindak kejam dengan mematahkan kaki dan tangan kanak-kanak bagi memastikan mereka cacat sekali gus meraih simpati masyarakat di Britain semasa mengemis.

Pihak berkuasa Romania menganggarkan seorang bapa ayam yang mempunyai seramai 15 remaja perempuan yang dijadikan pelacur mampu memperoleh pendapatan 2.7 juta (RM13.3 juta) setahun.

Tandarei terkenal kerana memiliki beberapa kediaman mewah milik golongan gipsi yang sebahagiannya dibina menerusi pendapatan yang diperoleh kanak-kanak Romania di Britain. – Agensi

No comments:

Post a Comment

.